Pages

Wednesday, 1 May 2013

cERpEn | Si Kucing



Si Kucing




Intro
Di pagi yang damai..Burung menyanyi gembira.. Daun melambai lembut.. Suasana amat tenteram dan damai.. Kelihatan dua ekor kucing melompat manja.. Girang dan gembira.. Bagaikan tiada apa-apa yang menggangu..   Harmoni-Bahagia-Gemerlapan
                Si ibu berekor panjang  dan berbulu putih bagaikan hamparan salju di musim sejuk.. Suci. Bersih. Si ibu sangat baik dan penyayang.. Lagaknya umpama pengawal diraja.. Sentiasa bersedia.. Matanya tidak lekang memerhatikan anaknya yang nakal.. Sungguh murni dan begitu tulus hati Si ibu. Bagaikan menjaga titisan embun di daun keladi. Begitulah diumpamakan kasih Si ibu kepada anaknya..
                Si anak pula berwarna kelabu.. Bertelinga runcing dan bermata biru.. Ada tompok di belakang badannya.. Berlari-lari kesana kesini. Melompat-lompat.. Bagaikan tiada penghujung kegembiraannya.. Setiap pelusuk diteroka.. Inilah gambaran  sifat Si anak. Hatinya dipenuhi kegembiraan.. Kegirangan.. Seperti tidak mengenal erti penat..

Phase I
                Matahari semakin meninggi.. Suasana semakin hangat.. Tiada lagi kicauan burung. Tiada lagi bayu lembut.. Yang ada cuma panahan cahaya yang menyelinap dari celahan daun-daun rimbun.. Si ibu memanggil Si anak. . Risau jika terjadi apa-apa.. Si anak masih lagi bertenaga.. Mengejar kupu-kupu kecil. Kesana dan kesini.. Langsung tidak dihiraukan panggilan ibunya.. Apa yang ada di benaknya.. Kupu-kupu.. Belalang.. Cengkerik..
                Lama-kelamaan, Si anak mula penat.. Terus menghampiri ibunya.. Si ibu masih lagi disitu.. Sabar menunggu kepulangan anaknya.. Bulu putihnya penuh dengan luka.. Didepannya ada seekor ikan. Langsung  tidak dijamahnya.. Hajatnya ingin menikmati bersama anaknya.. Walau terasa lapar, namun Si ibu lebih pentingkan anaknya dari dirinya sendiri.. Umpama lilin yang membakari.. Begitulah kasih sayang yang jelas ditunjukkan Si ibu kepada anak kesayangannya..
                Si anak sangat gembira apabila ternampak ikan segar ditepi ibunya.. Seleranya memuncak.. Terus saja diterkam.. Si anak makan tanpa menghiraukan ibunya.. Tanpa ada rasa bersalah.. Ikan tersebut dinikmati dengan gelojoh tanpa bertanya bagaimana keadaan ibunya yang kesejukan.. Namun,Si ibu hanya tersenyum.. Hatinya sangat gembira.. Anaknya kenyang.. Itulah yang menghiburkan hatinya..

Phase II
                Ikan yang segar dan enak kini tinggal tulang.. Kepuasan terpancar di raut wajah Si anak.. Namun, nafsu makannya masih memanggil-manggil.. Tanpa segan silu, Si anak meminta.. Mahukan ikan segar bagi menjamu nafsu makannya.. Langsung tidak difikirkan perasaan ibunya ketika itu.. Kenyang atau lapar.. Yang ada dibenaknya cuma ikan segar yang penuh dengan seribu-satu rasa.. Terbayang-banyang ikan yang akan di jamahnya sebentar lagi..
                Si ibu melihat keadaan anaknya yang masih lapar.. Terus ke hujung belukar untuk memenuhi kehendak anaknya tanpa menghiraukan keaadaan dirinya yang masih lelah dek perjalanan yang jauh.. Ditambah pula dengan keadaan perutnya yang masih kosong.. Si ibu bertekad.. Tak sanggup membiarkan anaknya yang kelaparan.. Begitulah bukti kasi sayang Si ibu kepada anaknya..
                Sementara itu, Si anak menunggu ibunya pulang. Bersenang lenang dibawah bayang pepohon yang rimbun.. Menanti habuan yang bakal di rangkulnya.. Dimamah.. Dikunyah.. Ditelan.. Langsung tidak terfikir keadaan ibunya.. Matanya dikaburi dengan makanan.. Sehingga sukar untuk melihat kesusahan yang ditanggung ibunya.. Apatah lagi kasih sayang yang dicurahkan kepadanya..

Phase III
                Sedang Si anak berkira-kira tantang habuannya, terdengar panggilan ibunya. Hatinya melonjak kegembiraan. Masakan tidak, kerana perutnya bakal di isi.. Dari jauh kelihatan Si ibu menggonggong sesuatu.. Ikan yang segar.. Badannya sangat lemah dan dipenuhi luka-luka. Namun, raut wajahnya terpancar kegembiraan. Si anak menanti dengan penuh girang.. Berlari mendapatkan ikan yang dibawa.. Bukan ibunya yang keletihan.. Ini balasan Si anak kepada ibunya..
                Si anak terus menikmati makanan yang enak seperti biasa.. Gelojoh dan bernafsu.. Si ibu hanya melihat.. Menahan lapar demi anaknya.. Si anak perasan tentang badan ibunya yang penuh dengan luka dan ada ketikanya.. Ibunya menggigil kesejukan.. Namun, difikirannya hanya ada ikan.. ikan.. dan ikan.. Langsung tidak bertanya tentang  luka yang mencorak badan ibunya..
                Ikan yang penuh dengan isi kini hanya tinggal tulang buat kali kedua.. Si anak kekenyangan. Namun, seleranya tidak berkurang.. Rasa ikan yang segar masih lagi memanggilnya.. Menyerunya.. Lalu, Si ibu dipanggil.. Diluahkan segalanya kepada ibunya.. Lapar.. Lapar.. Lapar.. Dengan baki kekuatan yang masih ada, Si ibu yang kembali memburu ikan yang di hajati anaknya.. Si anak sangat gembira kerana bakal merasai kemanisan ikan yang bakal memenuhi perutnya yang sememangnya dah penuh..

Phase IV
                Hari semakin redup.. Sang Suria sudah tidak memancarkan cahaya panas.. Si anak masih menunggu.. Menanti.. Mengharap.. Namun, Si ibunya tidak kelhatan.. Langsung tiada tanda-tanda ibunya akan pulang dalam jangka masa yang cepat.. Si anak mula resah memikirkan ikan yang dinanti tidak kunjung tiba.. Langsung tidak menghiraukan keaadaan ibunya.. Dalam hatinya kuat mengatakan bahawa ibunya sedang seronok melahap ikan-ikan segar.. Sampai hati..
                Si anak mula hilang sabar.. Lalu memutuskan untuk ketempat ibunya.. Ingin sekali dia memarahi ibunya kerana membiarkan dirinya kelaparan.. Si anak mula mengorak langkah.. Menyusuri denai-denai yang dilalui ibunya.. Langkah demi langkah, akhirnya Si anak tiba di hujung belukar.. Dari jauh kelihatan makhluk bergelar manusia berlegar-legar.. Di sana juga terdapat pelbagai jenis makanan.. Hatinya kuat mengatakan bahawa ibunya ada disana berseronok dengan makanan yang melimpah..
                Tanpa membuang masa, Si anak meneruskan perjalanan ke syurga makanan..Namun, perjalanannya terhenti.. Ada duri-duri tajam yang menghalang.. Namun Si anak tidak menghiraukan duri-duri yang menusuk.. Badannya dipenuhi luka-luka..Ketika itu, Si anak mula terfikir tentang keadaan ibunya yang penuh dengan luka.. Barulah Si anak sedar tentang kesusahan yang di tanggung ibunya demi memenuhi kehendaknya.. Air matanya mula gugur..
               
Ending
                Setelah berusaha menempuh duri-duri kejam, akhirnya Si anak berjaya. Namun, sekali lagi perjalanannya terhenti.. Dia dihalang oleh raksasa besi beroda dua dan empat.. Sangat pantas.. Sangat laju.. Sangat menggerunkan.. Namun, nun di seberang ada godaan makanan yang banyak.. Si anak cuba untuk menempuhinya.. Dengan susah payah dan sedikit tuah, akhirnya Si anak berjaya.. Perasaannya bercampur baur.. Barulah ia sedar akan kesusahan yang ditanggung ibunya demi memenuhi ketamakannya.. Ingin sekali ia memohon maaf kepada ibunya.. Menyesali kesalahannya..
                Si anak masih mencari ibunya.. Mata birunya melilau sekelilng mencari ibunya yang amat di harapkan kemunculannya.. Makanan di sekitar tidak dihiraukan.. Hatinya dipenuhi penyesalan.. Setelah sekian lama mencari, Si anak terpandang sesuatu. Ia amat pasti dan yakin. Itu ibunya. Si anak berlari kearah ibunya. Hatinya amat gembira dan ingin sekali meluahkan rasa penyesalan yang terbuku.. Ibu.. Ibu.. Ibu..
                Si anak akhirnya bejaya menemui ibunya.. Namun, hatinya hancur luluh..Di hadapannya adalah jasad ibunya yang kaku.. Bulu putih decemari warna merah.. Mata ibunya tertutp rapat.. Tiada lagi nafas.. Ibunya telah pergi meninggalkannya.. Dari keaadaan ibunya yang begitu, ia amat pasti ibunya di langgar raksasa beroda.. Namun, apa yang lebih membuatkan hati  Si anak tersentap ialah  di tepi ibunya yang kaku masih terdapat seekor ikan. Belum dijamah.. Masih dalam pelukan.. Si anak di hempap penyesalan.. Kini ibunya sudah tiada..

                Si anak yang kecewa terus menyalahkan dirinya.. Namun, penyesalannya tiada gunanya.. Si anak amat sedih.. Meratap pemergian ibunya yang selama ini amat menyayanginya.. Tidak lama kemudian, jasad ibunya di ambil manuasia.. Entah dibawa ke mana.. Yang tinggal hanyalah seekor ikan buat anaknya yang tersayang.. Si anak kembali ke hutan dengan menggonggong ikan yang ditinggalkan untuknya.. Langkahnya longlai.. Sayu dan sepi.. Dia perlu meneruskan hidup.. Namun perjalanan hidupnya kini  tanpa kehadiran ibu disisi…

**TAMAT**