Pages

Sunday, 21 July 2013

TrAviAN | GGS-A ( UF NW™ )

GGS-A atau Geng Gerak Senyap ( Attack ) adalah guild yang aku, WiseNik dan zaaaz tubuhkan.. Kami bertiga memang baru dalam travian.. pengalaman yang ada hanyalah ketika di Ts4.. namun, dalam kekejaman dunia travian yang penuh onak dan liku, GGS-A berdiri gah dan amat disegani pada ketika itu.. Aku sangat berbangga dengan pencapaian tersebut..

Masih lagi aku ingat ketika di awal permainan, terdapat guild yang amat berpengaruh tumbuh sebelum GGS-A tercipta.. Gulid tersebut di umpama rumah kepada segala OTAI.. amat hebat dan ditakuti.. guild tu digelar DRAGON dan ia di terajui oleh PenDragon dan Killer ( akhirnya menjadi sahabat aku kerana SKYPE )..  Hampir setiap hari, kami ditekan oleh ahli-ahli DRAGON.. mereka rakus merompak dan membunuh bala tentera GGS-A.. namun, ahli2 yang menganggotai GGS-A terdiri daripada gabungan pemain baru dan lama.. istilah otai tidak timbul dalam GGS-A... Kerjasama yang membuatkan kami kekal bernafas dalam hanyir darah ( ada ke?? )...

Hal tersebut disedari PenDragon.. betapa ally yang biasa mampu menahan segala tekanan.. ketika itu, inbox setiap top pemain di hantar jemputan untuk menyertai DRAGON.. masih lagi aku ingat, tindakan pocong, Mr Setia, IceVenus dan thurspore untuk kekal dalam GGS-A amat mengharukan aku.. aku sendiri menerima IGM agar membubarkan GGS-A dan bergabung di bawah nama DRAGON dengan syarat 10 pemain yang berada di bawah harus dijadikan ladang farm.. Bayangkan perasaan aku ketika itu.. Namun, kesetiaan pemain2 yang menganggotai GGS-A mengatasi segalanya.. Dan, pada ketika itu.. beberapa serangan balas di lancarkan kepada top 10 ahli DRAGON.. Memancung dan melemahkan semangat juang mereka..

PenDragon dan Killer tidak terkecuali.. akhirnya, DRAGON hilang di peta travian.. dan bermulalah penguasan GGS-A di North West ( NW ) sebagai salah satu kuasa dalam dunia TRAVIAN !!!

akan bersambung...

No comments:

Post a Comment