![]() |
Logo yang dicipta oleh WiseNik aka Nun |
UF NW™ ( HQ ) mula menorak langkah dan merencana misi di dalam kawasan North West. Pelbagai misi telah di buat untuk mendapat kuasa mutlak bagi menjamin kedudukan persekutuan. Ketika ini, terbentuklah 2 sayap kanan dan kiri UF NW™.
UF NW¹ dan UF NW² merupakan persekutuan yang menyokong segala usaha membabitkan misi dan pembersihan musuh disekitar North West. Dua persekutuan tersebut amat berbeza antara satu sama lain.
UF NW¹ lebih kepada serangan dan UF NW² pula condong sebagai pasukan pertahanan. Manakala persekutuan utama, UF NW™ pula lebih kepada hubungan diplomatik dan perancangan hala tuju.
Langit tidak selalu cerah, begitulah di ibaratkan tentang Pakatan NW. Apabila server memasuki era pertengahan, bibit-bibit perpecahan mula timbul. Ia bermula apabila 2 orang ahli dalam HQ tidak berpuas hati mengenai beberapa perkara yang melibatkan misi persekutuan. Langkah terakhir, 2 ahli tersebut keluar dari HQ dan menyertai UF NW¹.
Masalah tidak terhenti disitu sahaja, angin perpecahan mula menular ke UF NW² kerana leader persekutuan tersebut tidak aktif dan kebanyakan ahli dalam tu mula meninggalkan persekutuan. Perkara ini disedari HQ. Perbincangan telah dibuat. Akhirnya, ahli-ahli dalam UF NW² telah menyertai HQ dan UF NW¹. Akibat dari konflik yang berlarutan, secara rasmi UF NW² di bubarkan.
Dalam post akan datang, aku akan menerangkan bagaimana UF NW™ bergerak secara solo apabila UF NW¹ membuat keputusan untuk bergerak dengan misi merekan sendiri dan ketika itu, SEAL terbentuk..
akan bersambung...
No comments:
Post a Comment