Pages

Tuesday, 20 August 2013

TrAviAN | KoNFLiK DaLAmAn

Logo yang dicipta oleh WiseNik aka Nun


UF NW™ ( HQ ) mula menorak langkah dan merencana misi di dalam kawasan North West. Pelbagai misi telah di buat untuk mendapat kuasa mutlak bagi menjamin kedudukan persekutuan. Ketika ini, terbentuklah 2 sayap kanan dan kiri UF NW™.

UF NW¹ dan UF NW² merupakan persekutuan yang menyokong segala usaha membabitkan misi dan pembersihan musuh disekitar North West. Dua persekutuan tersebut amat berbeza antara satu sama lain.
UF NW¹ lebih kepada serangan dan UF NW² pula condong sebagai pasukan pertahanan. Manakala persekutuan utama, UF NW™ pula lebih kepada hubungan diplomatik dan perancangan hala tuju.

Langit tidak selalu cerah, begitulah di ibaratkan tentang Pakatan NW. Apabila server memasuki era pertengahan, bibit-bibit perpecahan mula timbul. Ia bermula apabila 2 orang ahli dalam HQ tidak berpuas hati mengenai beberapa perkara yang melibatkan misi persekutuan. Langkah terakhir, 2 ahli tersebut keluar dari HQ dan menyertai UF NW¹.

Masalah tidak terhenti disitu sahaja, angin perpecahan mula menular ke UF NW² kerana leader persekutuan tersebut tidak aktif dan kebanyakan ahli dalam tu mula meninggalkan persekutuan. Perkara ini disedari HQ. Perbincangan telah dibuat. Akhirnya, ahli-ahli dalam UF NW² telah menyertai HQ dan UF NW¹. Akibat dari konflik yang berlarutan, secara rasmi UF NW² di bubarkan.

Dalam post akan datang, aku akan menerangkan bagaimana UF NW™ bergerak secara solo apabila UF NW¹ membuat keputusan untuk bergerak dengan misi merekan sendiri dan ketika itu, SEAL terbentuk..

akan bersambung...

Monday, 22 July 2013

TrAviAN | adizogun

Sebelum aku masuk ke bab yang panas, pedas dan berkonflik... terlebih dahulu, aku nak cite la pasal ID aku.. ID aku nama adizogun.. sebab nama ni di pilih adalah kerana masa zaman skolah dulu, member2 panggil zogun.. so, sejak dari tu zogun dan sebati dengan aku.. andai kata ada pertanyaan dari member, contoh.. klu aku hantar mesej guna no lain dan kawan xcam, dia akan tnya " ni sape".. so, aku cuma bgtau zogun dan automatik dia akan kenal aku...

bukan xnak guna nama adi, tp leceh sebab kalau aku guna pun ada je yg tnya " ni adi mana".. perkara ni berlaku sebab kat skolah aku dulu ada 5 org adi.. adi kuda, adi alien, adi kateh, adi itik dan juga adi zogun.. Done..

Masuk bab travian.. ID ni aku bangunkan atas usaha aku sendiri.. tiada pertolongan dari sape2.. cuma kalau xde line.. Nun yg akan tolong online kan..

Kat bawah adalah keterangan kat profile aku.. 

Profil : Part I

Profile : Part II

hehe.. banyak plak aku tulis dalam tu.. tp kebanyakan cuma merapu.. kikiki... kat bawah ni pun ada lagi gambar2 kenangan..

Senarai kampung yang aku bina setakat ini.. tak hebat pun.. haha

barang-barang wira

data kekuatan wira ( 22/7 dan ts7 masih berjalan )
data rasmi di http://www.traviantoolbox.com/en/listes.php?serveur=1984&l=joueurs&id=166

Itu saja yang dapat aku paparkan dibawah ni atas dasar maklumat sulit.. bila travian tamat, aku akan update.. dan, bila ada post baru.. aku akan huraikan kenapa aku tulis sesuatu di profile persekutuan.. rujuk gambar bawah.. aku akan terangkan nanti..

akan bersambung...

TrAviAN | President

Setelah beberapa bulan game berlangsung, pemegang kedutaan iaitu zaaaz mengalami masalah nak online.. dan pada masa tu, UF NW tiada leader yang sesuai.. WiseNik terpaksa mengadakan pilihanraya bagi mencari pemangku sementara UF NW sebelum melantik pemimpin yang betul2 layak menerajui UF NW..

Pilihanraya pemimpin UF NW

Ketika pemilihan berlangsung, tak sangka la aku pulak yang dapat sokongan majoriti.. adesss.. dan pada ketika itu, aku mula menerajuai UF NW dan mula mencari pemimpin yang sesuai untuk menerajui UF NW kerana aku dah maklum kepada WiseNik yang aku akan menjadi pemimpin sementara..

Setelah sebulan mentadbir, pengganti yang sesuai telah aku temui.. dan dia adalah sahabatku, Farhan Aziz atau ID nya dalam ts7, thurspore.. Aku pilih thurspore kerana dia seorang yang tenang dan tak mudah melatah.. hehehe..

Keterangan di profile UF NW

akan bersambung...

TrAviAN | UF NW™ - The Legend

Hari berganti hari, bulan berganti bulan.. travian memasuki zaman pertengahan.. ketika ini, GGS-A mula disegani kawan dan digeruni lawan.. Di awal cerita, aku ada sebut pasal travian ada game kerjasama.. Jadi, untuk mengukuhkan GGS-A kekal sebagai kuasa dunia travian, pakatan telah terjalin di antara kuasa-kuasa besar setiap region ( NW, NE, SW dan SE )..

GGS-A ( NW ), HRH ( NE ), FUN ( SW ) dan SNS ( SE ) berjaya membentuk pakatan yang amat kukuh.. Ketika itulah GGS-A di kenali sebagai UF NW™ atau United Front of Nort West.. HRH pula sebagai UF NE™, FUN sebagai UF SW™ dan SNS sebagai UF SE™.. Keempat-empat ally tersebut adalah HQ kepada wing masing-masing..

UF NW™ ada HQ kepada UF NW¹ dan UF NW².. Dan pakatan daripada empat kuasa besar berjaya menundukkan Hydra ( gabungan dari saki baki DRAGON ), se7en dan SvA.. Ketika itu, ramai pemerhati menganggap pakatan UF bakal menggongcang server 7..

akan bersambung...

Sunday, 21 July 2013

TrAviAN | GGS-A ( UF NW™ )

GGS-A atau Geng Gerak Senyap ( Attack ) adalah guild yang aku, WiseNik dan zaaaz tubuhkan.. Kami bertiga memang baru dalam travian.. pengalaman yang ada hanyalah ketika di Ts4.. namun, dalam kekejaman dunia travian yang penuh onak dan liku, GGS-A berdiri gah dan amat disegani pada ketika itu.. Aku sangat berbangga dengan pencapaian tersebut..

Masih lagi aku ingat ketika di awal permainan, terdapat guild yang amat berpengaruh tumbuh sebelum GGS-A tercipta.. Gulid tersebut di umpama rumah kepada segala OTAI.. amat hebat dan ditakuti.. guild tu digelar DRAGON dan ia di terajui oleh PenDragon dan Killer ( akhirnya menjadi sahabat aku kerana SKYPE )..  Hampir setiap hari, kami ditekan oleh ahli-ahli DRAGON.. mereka rakus merompak dan membunuh bala tentera GGS-A.. namun, ahli2 yang menganggotai GGS-A terdiri daripada gabungan pemain baru dan lama.. istilah otai tidak timbul dalam GGS-A... Kerjasama yang membuatkan kami kekal bernafas dalam hanyir darah ( ada ke?? )...

Hal tersebut disedari PenDragon.. betapa ally yang biasa mampu menahan segala tekanan.. ketika itu, inbox setiap top pemain di hantar jemputan untuk menyertai DRAGON.. masih lagi aku ingat, tindakan pocong, Mr Setia, IceVenus dan thurspore untuk kekal dalam GGS-A amat mengharukan aku.. aku sendiri menerima IGM agar membubarkan GGS-A dan bergabung di bawah nama DRAGON dengan syarat 10 pemain yang berada di bawah harus dijadikan ladang farm.. Bayangkan perasaan aku ketika itu.. Namun, kesetiaan pemain2 yang menganggotai GGS-A mengatasi segalanya.. Dan, pada ketika itu.. beberapa serangan balas di lancarkan kepada top 10 ahli DRAGON.. Memancung dan melemahkan semangat juang mereka..

PenDragon dan Killer tidak terkecuali.. akhirnya, DRAGON hilang di peta travian.. dan bermulalah penguasan GGS-A di North West ( NW ) sebagai salah satu kuasa dalam dunia TRAVIAN !!!

akan bersambung...