Intro
Di pagi yang damai..Burung menyanyi
gembira.. Daun melambai lembut.. Suasana amat tenteram dan damai.. Kelihatan
dua ekor kucing melompat manja.. Girang dan gembira.. Bagaikan tiada apa-apa
yang menggangu..
Harmoni-Bahagia-Gemerlapan
Si
ibu berekor panjang dan berbulu putih
bagaikan hamparan salju di musim sejuk.. Suci. Bersih. Si ibu sangat baik dan
penyayang.. Lagaknya umpama pengawal diraja.. Sentiasa bersedia.. Matanya tidak
lekang memerhatikan anaknya yang nakal.. Sungguh murni dan begitu tulus hati Si
ibu. Bagaikan menjaga titisan embun di daun keladi. Begitulah diumpamakan kasih
Si ibu kepada anaknya..
Si
anak pula berwarna kelabu.. Bertelinga runcing dan bermata biru.. Ada tompok di
belakang badannya.. Berlari-lari kesana kesini. Melompat-lompat.. Bagaikan
tiada penghujung kegembiraannya.. Setiap pelusuk diteroka.. Inilah gambaran sifat Si anak. Hatinya dipenuhi kegembiraan.. Kegirangan..
Seperti tidak mengenal erti penat..
Phase I
Matahari
semakin meninggi.. Suasana semakin hangat.. Tiada lagi kicauan burung. Tiada
lagi bayu lembut.. Yang ada cuma panahan cahaya yang menyelinap dari celahan
daun-daun rimbun.. Si ibu memanggil Si anak. . Risau jika terjadi apa-apa.. Si
anak masih lagi bertenaga.. Mengejar kupu-kupu kecil. Kesana dan kesini..
Langsung tidak dihiraukan panggilan ibunya.. Apa yang ada di benaknya..
Kupu-kupu.. Belalang.. Cengkerik..
Lama-kelamaan,
Si anak mula penat.. Terus menghampiri ibunya.. Si ibu masih lagi disitu..
Sabar menunggu kepulangan anaknya.. Bulu putihnya penuh dengan luka.. Didepannya
ada seekor ikan. Langsung tidak
dijamahnya.. Hajatnya ingin menikmati bersama anaknya.. Walau terasa lapar,
namun Si ibu lebih pentingkan anaknya dari dirinya sendiri.. Umpama lilin yang
membakari.. Begitulah kasih sayang yang jelas ditunjukkan Si ibu kepada anak
kesayangannya..
Si
anak sangat gembira apabila ternampak ikan segar ditepi ibunya.. Seleranya
memuncak.. Terus saja diterkam.. Si anak makan tanpa menghiraukan ibunya..
Tanpa ada rasa bersalah.. Ikan tersebut dinikmati dengan gelojoh tanpa bertanya
bagaimana keadaan ibunya yang kesejukan.. Namun,Si ibu hanya tersenyum..
Hatinya sangat gembira.. Anaknya kenyang.. Itulah yang menghiburkan hatinya..
Phase II
Ikan yang
segar dan enak kini tinggal tulang.. Kepuasan terpancar di raut wajah Si anak..
Namun, nafsu makannya masih memanggil-manggil.. Tanpa segan silu, Si anak
meminta.. Mahukan ikan segar bagi menjamu nafsu makannya.. Langsung tidak
difikirkan perasaan ibunya ketika itu.. Kenyang atau lapar.. Yang ada
dibenaknya cuma ikan segar yang penuh dengan seribu-satu rasa..
Terbayang-banyang ikan yang akan di jamahnya sebentar lagi..
Si
ibu melihat keadaan anaknya yang masih lapar.. Terus ke hujung belukar untuk
memenuhi kehendak anaknya tanpa menghiraukan keaadaan dirinya yang masih lelah
dek perjalanan yang jauh.. Ditambah pula dengan keadaan perutnya yang masih
kosong.. Si ibu bertekad.. Tak sanggup membiarkan anaknya yang kelaparan..
Begitulah bukti kasi sayang Si ibu kepada anaknya..
Sementara
itu, Si anak menunggu ibunya pulang. Bersenang lenang dibawah bayang pepohon
yang rimbun.. Menanti habuan yang bakal di rangkulnya.. Dimamah.. Dikunyah..
Ditelan.. Langsung tidak terfikir keadaan ibunya.. Matanya dikaburi dengan
makanan.. Sehingga sukar untuk melihat kesusahan yang ditanggung ibunya..
Apatah lagi kasih sayang yang dicurahkan kepadanya..
Phase III
Sedang
Si anak berkira-kira tantang habuannya, terdengar panggilan ibunya. Hatinya
melonjak kegembiraan. Masakan tidak, kerana perutnya bakal di isi.. Dari jauh
kelihatan Si ibu menggonggong sesuatu.. Ikan yang segar.. Badannya sangat lemah
dan dipenuhi luka-luka. Namun, raut wajahnya terpancar kegembiraan. Si anak
menanti dengan penuh girang.. Berlari mendapatkan ikan yang dibawa.. Bukan
ibunya yang keletihan.. Ini balasan Si anak kepada ibunya..
Si
anak terus menikmati makanan yang enak seperti biasa.. Gelojoh dan bernafsu..
Si ibu hanya melihat.. Menahan lapar demi anaknya.. Si anak perasan tentang
badan ibunya yang penuh dengan luka dan ada ketikanya.. Ibunya menggigil
kesejukan.. Namun, difikirannya hanya ada ikan.. ikan.. dan ikan.. Langsung
tidak bertanya tentang luka yang
mencorak badan ibunya..
Ikan
yang penuh dengan isi kini hanya tinggal tulang buat kali kedua.. Si anak
kekenyangan. Namun, seleranya tidak berkurang.. Rasa ikan yang segar masih lagi
memanggilnya.. Menyerunya.. Lalu, Si ibu dipanggil.. Diluahkan segalanya kepada
ibunya.. Lapar.. Lapar.. Lapar.. Dengan baki kekuatan yang masih ada, Si ibu
yang kembali memburu ikan yang di hajati anaknya.. Si anak sangat gembira
kerana bakal merasai kemanisan ikan yang bakal memenuhi perutnya yang
sememangnya dah penuh..
Phase IV
Hari semakin
redup.. Sang Suria sudah tidak memancarkan cahaya panas.. Si anak masih
menunggu.. Menanti.. Mengharap.. Namun, Si ibunya tidak kelhatan.. Langsung
tiada tanda-tanda ibunya akan pulang dalam jangka masa yang cepat.. Si anak
mula resah memikirkan ikan yang dinanti tidak kunjung tiba.. Langsung tidak
menghiraukan keaadaan ibunya.. Dalam hatinya kuat mengatakan bahawa ibunya
sedang seronok melahap ikan-ikan segar.. Sampai hati..
Si
anak mula hilang sabar.. Lalu memutuskan untuk ketempat ibunya.. Ingin sekali
dia memarahi ibunya kerana membiarkan dirinya kelaparan.. Si anak mula mengorak
langkah.. Menyusuri denai-denai yang dilalui ibunya.. Langkah demi langkah,
akhirnya Si anak tiba di hujung belukar.. Dari jauh kelihatan makhluk bergelar
manusia berlegar-legar.. Di sana juga terdapat pelbagai jenis makanan.. Hatinya
kuat mengatakan bahawa ibunya ada disana berseronok dengan makanan yang
melimpah..
Tanpa
membuang masa, Si anak meneruskan perjalanan ke syurga makanan..Namun,
perjalanannya terhenti.. Ada duri-duri tajam yang menghalang.. Namun Si anak
tidak menghiraukan duri-duri yang menusuk.. Badannya dipenuhi luka-luka..Ketika
itu, Si anak mula terfikir tentang keadaan ibunya yang penuh dengan luka..
Barulah Si anak sedar tentang kesusahan yang di tanggung ibunya demi memenuhi
kehendaknya.. Air matanya mula gugur..
Ending
Setelah
berusaha menempuh duri-duri kejam, akhirnya Si anak berjaya. Namun, sekali lagi
perjalanannya terhenti.. Dia dihalang oleh raksasa besi beroda dua dan empat..
Sangat pantas.. Sangat laju.. Sangat menggerunkan.. Namun, nun di seberang ada
godaan makanan yang banyak.. Si anak cuba untuk menempuhinya.. Dengan susah
payah dan sedikit tuah, akhirnya Si anak berjaya.. Perasaannya bercampur baur..
Barulah ia sedar akan kesusahan yang ditanggung ibunya demi memenuhi
ketamakannya.. Ingin sekali ia memohon maaf kepada ibunya.. Menyesali kesalahannya..
Si
anak masih mencari ibunya.. Mata birunya melilau sekelilng mencari ibunya yang amat
di harapkan kemunculannya.. Makanan di sekitar tidak dihiraukan.. Hatinya
dipenuhi penyesalan.. Setelah sekian lama mencari, Si anak terpandang sesuatu.
Ia amat pasti dan yakin. Itu ibunya. Si anak berlari kearah ibunya. Hatinya
amat gembira dan ingin sekali meluahkan rasa penyesalan yang terbuku.. Ibu..
Ibu.. Ibu..
Si
anak akhirnya bejaya menemui ibunya.. Namun, hatinya hancur luluh..Di
hadapannya adalah jasad ibunya yang kaku.. Bulu putih decemari warna merah..
Mata ibunya tertutp rapat.. Tiada lagi nafas.. Ibunya telah pergi
meninggalkannya.. Dari keaadaan ibunya yang begitu, ia amat pasti ibunya di
langgar raksasa beroda.. Namun, apa yang lebih membuatkan hati Si anak tersentap ialah di tepi ibunya yang kaku masih terdapat
seekor ikan. Belum dijamah.. Masih dalam pelukan.. Si anak di hempap
penyesalan.. Kini ibunya sudah tiada..
Si
anak yang kecewa terus menyalahkan dirinya.. Namun, penyesalannya tiada gunanya..
Si anak amat sedih.. Meratap pemergian ibunya yang selama ini amat
menyayanginya.. Tidak lama kemudian, jasad ibunya di ambil manuasia.. Entah
dibawa ke mana.. Yang tinggal hanyalah seekor ikan buat anaknya yang
tersayang.. Si anak kembali ke hutan dengan menggonggong ikan yang ditinggalkan
untuknya.. Langkahnya longlai.. Sayu dan sepi.. Dia perlu meneruskan hidup.. Namun
perjalanan hidupnya kini tanpa kehadiran
ibu disisi…
**TAMAT**